::Geng Main Masak2::

Wednesday, April 10, 2019

~Udang Sambal ala Sweet Sour by Che Ta~

Bahan2

-Bwg Besar
-Bwg Putih
-Halia
-Cili Kisar
(Tumis)
-Sos Tiram
-Sos Tomato
-Sos Cili
(Tambah dalam tumisan)
-Udang
-Kentang
-Tomato
(Masukkan dalam tumisan)
Biarkan masak, masukkan garam dan gula secukup rasa.

~Udang Tok Mak by Che Ta~

Bahan2

Bahan A
-Bwg Besar
-Bwg Putih
-Halia
-Daun Kari
-Cili Hijau
-Sos Tiram
-Sos Cili

Bahan B
-Udang Besar XXL
-Garam
-Serbuk Kunyit
-Cili Kisar

Cara2 :

1. Gaul udang bersama garam, serbuk kunyit dn cili mesin.

2. Masukkan kedlm kuali dgn minyak yg sedikit.

3. Masukkan bahan A mengikut turutan.

4. Rasa dan tambah bahan perasa jika perlu.

5. Siap untuk dihidang.

Sunday, July 29, 2018

~ Kuih Bakar (Bombai) Acik Kamariah ~

Bahan2:-

1         Mangkuk Telur (Pecahkan beberapa biji sehingga penuh semangkuk)
1 1/3   Mangkuk Gula
1         Mangkuk Tepung Gandum
1         Mangkuk Santan Pekat (Panaskn sedikit bersama Daun Pandan)
1/2      Mangkuk Air Daun Pandan (Blend dan tapis Daun Pandan, ambil air sahaja)
           Sedikit Pewarna Hijau
           Sedikit Garam
           Sedikit Bijan


Cara2:-

1. Gaulkan telur bersama gula
2. Masukkan santan pekat yg telah dipanaskan
3. Gaul
4. Masukkan tepung
5. Gaul (adunan tidak boleh dipukul. Hanya gaul sehingga sebati
6. Masukkan air daun pandan yang telah dicampurkan sedikit pewarna hijau
7. Masukkan sedikit garam
8. Gaul sebati
9. Masukkan kedalam acuan atau loyang.
10. Taburkan bijan
11. Bakar sehingga masak (lebih kurang 1 jam lebih)

*Untuk menghasilkan kuih bakar yang lebih cantik, panaskan acuan atau loyang di atas dapur dan masukkan sedikit minyak sebelum menuang adunan.

Sunday, June 10, 2018

~ Ayam Goreng Berempah Simple ~

Bahan-bahannya:~

Ayam
Serai (Blend)
Halia (Blend)
Bwg Putih (Blend)
Serbuk Kari
Serbuk Cili
Serbuk Kunyit
Sedikit Tepung Bestari
Garam
Gula
Daun Kari


Cara-caranya:~
Gaul ayam bersama garam, kunyit, serbuk kari, serbuk cili dan gula.
Masukkan bahan blend.
Masukkan daun kari.
Masukkan tepung bestari.
Perap sebentar.
Goreng dengan minyak.

~ Ayam Sambal Kicap ~

*Copy dr blog lain diolah ikut selera sendiri

Bahan Blend:~

2 Biji Bwang Besar (Blend)
2 Biji Bawang Putih (Blend)
1 Sudu Cili Kisar (sy x letak)
5 Biji Cili Padi (sy letak lebih) (Blend)
Kicap, garam, gula secukup rasa

Bahan Lain:~

6 Ketul Ayam (Jika nak msk lebih, gandakan bahan blend)
Garam dan kunyit untuk perapan ayam.
1 Biji Bawang Besar (Dihiris)

Cara-caranya:~

Goreng ayam yang sudah digaul garam dan kunyit.
Tumis bahan blend sehingga pecah minyak
Masukkan kicap, garam dan gula secukup rasa
Masukkan bawang besar yang telah dihiris
Masukkan ayam yang telah digoreng
Gaul dan sedia untuk dihidang.

~ Rendang Daging & Ayam Mak Saya~

Kalau dlm sekilo daging bawang kecik dlm 10 ulas. Kalau guna bawang besar dlm 2 biji yg besar. Bawang putih dlm 5 ulas. Halia seinci setengah, cili kering dlm segenggam, cilipadi 7 biji. Serai dlm dua batang utk blend sekali. So kalau nak buat lebih multiply je la...

Dah blend gaul n perap bahan tu dgn daging sambil masak santan sampai menggelegak. Pastu baru masuk semua daging tu...

Dah nak kering baru masukkan garam, asam keping sekeping dua, kerisik dlm dua sudu besar, 2 batang serai hiris halus, daun kunyit sehelai yg besar hiris halus n daun limau purut koyak je sehelai dua

Kalau ayam bahan blend n santan separuh je tau. Tp kalau ayam pencen letak sama banyak

Kalau x tahu daging atau ayam pencen tu lembut atau x masuk biji kurma 2-3 biji tapi nnti angkatla balik

~ Kuah Kacang Cik Kamariah ~

1 Kg Kacang Tanah (Goreng & buang kulit)
2 Senduk Cili Kering
1 Ulas bwg putih (Blend)
2 Ulas bwg merah (Blend)
3 Btg serai (Blend)
1 Hiris lengkuas (Blend)
Rencah belacan atau udang kering
Air asam jawa
Gula Putih
Garam


Cara-caranya:~

Tumis bahan blend hingga pecah minyak
Masukkan cili mesin
Biar hingga masak
Masukkan rencah udg kering / belacan
Masukkan kacang yang di blend
Masukkan Air Asam Jawa
Masukkan Garam dan gula secukup rasa.
Renih sehingga masak.

*Kepekatan kuah bergantung kpd air asam yg dimasukkan

*Bagi mendapatkan kacang yang cantik untuk kuah, blend kacang menggunakan blender basah.