::Geng Main Masak2::

Monday, November 26, 2012

~Homemade Roti John~



Resepi Dicilok dari sini.... Dan pernah di share oleh Cik Ati dalam G+ satu masa dulu. H

My Homemade Roti John

Bahan-bahan


2 keping daging burger - dinyah bekukan dan cincang halus
2 biji saiz sederhana bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 inch halia - ketuk dan cincang halus (aku tak letak, x suka halia)
1 sudu besar rempah kari
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
3 biji telur
3 sudu besar sos tiram (masa buat sos tiram xde, aku blasah pkai sos bbq)
daun bawang - dipotong 1cm 
(aku tak letak)
Timun - hiris-hiris
Kobis - hiris-hiris
Tomato - hiris-hiris 
(aku tak letak)
1 pack roti sausage Gardenia (ada 6 kat dalam tuu)
Cili sos
Mayonnaise
Sos Lada Hitam

Garam secukup rasa - jika perlu

Cara penyediaan bahan utama:


1- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga keperangan dan wangi
2- Masukkan rempah kari dan kacau rata sehingga naik bau
3- Kemudian masukkan sos tiram di ikuti daging burger, pecah-pecah daging menjadi ketulan-ketulan kecil. Gaul hingga sebati
4- Setelah itu, masukkan serbuk lada hitam dan kacau rata. Masak hingga kering.
5- Tutup api, ketepikan dan dibiarkan sejuk

Semasa menunggu bahan utama sejuk, bahan-bahan sampingan seperti timun, kobis dan tomato disediakan dengan dihiris nipis-nipis.
Kemudian, adunan burger tadi dimasukkan dalam mangkuk lalu pecahkan telur kedalam mangkuk adunan burger bersama daun bawang.
Roti sausage dibelah dua tapi tidak putus.

Cara penyediaan Roti John
1- Panaskan non-stick pan, lenserkan dengan sedikit majerin. Sendukkan adunan utama -burger yang telah dicampurkan telur tadi ke atas pan. Adunan tersebut agak-agak cukup untuk sebesar roti yang dibelah tadi. Bila kelihatan hampir masak, letakkan roti sausage menutupi bancuhan telur tadi. Tekan2 sedikit dan biar hingga masak.
2- Terbalikkan dan letak tepi. Teruskan step yang sama sehingga roti habis
3- Kemudian susun hirisan timun, kobis dan tomato, paipkan sos cili, sos lada hitam (sikit ajerr) dan mayonnaise sebelum dihidangkan...

Thursday, November 22, 2012

~Resepi Pancake~

Assalammualaikum. Resepi kedua yang aku memang tak nak lupa. Sebab pancake ni memang sangat sedap. Eh bukan puji diri sendiri, tapi memang pancake ni sedap. Thanks pada Kak Ngah iols sebab share resipi ni. Kalau korang nak cuba, sila2 la ye..

Resepi:

Bahan-bahan dibahagi pada dua bahagian,
bahagian pertama bahagian basah. 

*1 cawan susu dicampur dgn sesudu cuka buatan. 
(biarkan sebentar) 
* Masukkan sebiji telur. 
* Masukkan 2 sudu majerin (yg sudah dicairkan) 



Bahan kering pula adalah seperti berikut. 

* 1 cawan tepung. 
* 2 sudu besar gula. 
* 1 sudu kecil soda bikarbonat. 
* 1 sudu kecil garam. 
* 1/2 sudu baking powder. 

Cara Membuatnya:


Campurkan bahan basah dan kering, kacau rata. Setelah sebatian rata, goreng tanpa minyak diatas kuali atau pan. Setelah masak, pancake korang akan jadi macam yang aku punya ni.. 



Wednesday, November 21, 2012

~Basic Cake~

Assalammualaikum.. Hai kawan2. 
Okei ni adalah resepi pertama yang akan aku kongsikan didalam blog ni. 
Ni adalah resepi kek yang paling basic la kata orang. Adunan dia pon semua senang dan cara nak buat pon amat senang. 



Resepi:

250 gm Gula Kastor
250 gm Butter/ Majerin

250 gm Tepung Gandum (Campur half2 dengan tepung kek pon ok gak)
5 Biji Telur Ayam ( Telur Itik, aku takut resepi ni jadi lain pulak nanti) 
Essen Vanila (1 penutup je)

*Kalau korang tak campur tepung gandum tu dengan tepung kek, masukkan 1 sudu teh serbuk penaik.

Cara2 Membuatnya:

1. Pukul butter bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji diselangi dengan tepung (seperti gambar dibawah)
3. Ulang langkah 2 sehingga tepung dan telur habis.
4. Setelah habis, masukkan esen vanila.

Ni adalah basic kek nye. Kalau macam ni je korang bakar, ia dah jadi butter kek. 

Tapi kawan2 kalau kamu nakkan ia berperisa, contoh la nak rasa coklat kan, korang ambil setengah cawan koko, bancuh dan sejukkan dalam peti ais sekejap. Dah sejuk, masukkan dalam adunan ni dan kacau rata.

Kalau korang nak kek ni jadi perasa oren, korang parut sikit kulit oren sunkist, perah airnya dan masukkan. Nak sedap lagi, masukkan sesudu kordial oren sunquick. (Kalau dah darurat, oren sunkist tak ada, korang masukkan sunquick tu lebih sikit pon dah rasa sedap.)

Belum habis lagi ok. Kalau korang nak jadikan ia kek marble, ko bahagi adunan kepada dua, satu korang letak coklat, dan satu lagi biarkan plain. Masukkan adunan tu berselang seli dalam loyang dan korang akan dapat kek marble. 

Tengok, satu resepi ni, macam2 kek boleh jadi kan? Dan disaat aku terlebih rajin, aku guna resepi ni juga untuk buat cupcake. Juz masukkan dalam cup. Then it's done. =)


Pukul Butter & Gula Hingga Kembang

Masukkan Telur

Selang Seli Dengan Tepung.





Masukkan Essen Vanila


Koko Yang Telah Disejukkan

~I'm Presenting.... Dung Dung Dung (Kekonon Bunyi Drum)~

Assalammualaikum sumeeeee.. 

Eceh sume macam la dah ada orang tengok kan? Sebenarnya bagi salam dekat diri sendiri je ni. Ok mari kita mulakan pengenalan blog ini dan kenapa terjadinya blog ini?

Sebenarnya blog ini telah terinspirasi dari blog siapa entah yang aku baca sebelum ni. Blog ini bertujuan untuk aku simpan segala resipi masakkan yang pernah aku buat. Yelah aku ni bukan rajin bab memasak ni. Jadinya bila nak masak, aku akan cari resepi. Dah try sekali, bertahun kemudian lah kot baru nak try lagi masakkan tersebut. Jadi bagi mengelakkan kelupaan yang terlampau, aku akan masukkan segala resepi masakan yang pernah aku cuba kedalam blog ini. 

Dan segala resipi yang pernah dimasukkan di dalam blog repekkan ku ini juga, akan aku masukkan semula kedalam ini. Kepada semua, blog ini bertujuan untuk peringatan aku saja. Kepada korang2 yang terasa nak cuba resipi yang ada kat dalam ni, sila2 la ye. Tapi kalau tak menjadi tu, jangan lahar aku. Sebab aku pun biasanya ambil resepi dari blog orang lain juga. 

Dah cukup2 la pengenalan aku. Jap lagi dari blog resepi,tukar pulak kepada blog repekkan episod dua. 

Daaaaaaaa~~~~~~