::Geng Main Masak2::

Tuesday, March 18, 2014

~ Lasagna Ikut Suke ~

Bahan2:

Bahan sos putih:
Cream Cheese / Cheddar Cheese
Full Cream Milk / Susu yang seangkatan dengannya
Sedikit garam.

Bahan inti:
Daging Kisar
Bawang Besar
Paste Spaghetti Sos
Sedikit Minyak Masak
(Dan bahan2 lain yang korang suka letak bile buat bolognese. Aku suka buat basic ni je kalau untuk lasagna)

Instant Lasagna
Cheddar & Mozarella Cheese (Untuk ditabur disetiap lapisan)

Cara2:

Sos putih:
- Panaskan susu dan masukkan cheese.
- Kacau sehingga cair dan sebati.
- Masukkan garam secukup rasa.

Inti:

- Panaskan sedikit minyak
- Tumis Bawang Besar
- Masukkan Daging Kisar
- Masukkan Spaghetti Sos
- Biarkan Masak Sehingga Sedikit Kering.

Lasagna:
- Letak beberapa keping lasagna diatas tray atau bekas yang ingin digunakan.
- Curahkan sos putih.
- Letakkan inti. Ratakan.
- Taburkan cheese.
- Ulang langkah yang sama mengikut ketebalan yang dikehendaki.






p/s: Resepi campak2 oleh my sis plus experience buat guna resepi




Sunday, March 16, 2014

~ Kentang Putar ~

Bahan-bahan:

6 biji kentang yang bersaiz besar.

2 sudu besar mentega

5 sudu besar susu segar

Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.

Cara-cara
 :

1. Kupaskan kentang dan potong dadu. Rebus kentang sehingga empuk. Bila dah empuk, toskan air. Untuk mudahkan kerja, lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas.

2. Masukkan susu segar dan mentega. Gaul rata. Rasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.

Tambahan : Sekiranya ada stok simpanan double cream atau whipping cream dalam peti ais. Boleh juga gunakan salah satu sebagai penambah rasa dalam kentang putar. Sedap. Bertambah lemak. :D

Sos Kentang Putar.

Bahan-bahan :

650 ml air

1 biji bawang Holland - cincang halus

1 batang saderi- cincang halus

3 sudu besar serbuk Pati Ayam/ 1 1/2 kiub Pati Ayam Maggi

4 sudu besar mentega

4 sudu besar tepung gandum

1 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos tiram

1 sudu kecil serbuk lada hitam

garam secukup rasa

Cara -cara
 :

Masak air dengan masukkan serbuk pati ayam, daun saderi dan bawang besar. Masak sampai mendidih. Renehkan sebentar dengan api perlahan selama 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.

Dalam periuk yang lain, cairkan mentega dalam api sederhana panas. Biarkan cair. Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit. Kacau perlahan sampai tepung tak melekat di periuk. Pastikan api perlahan ya.

Tuangkan air rebusan perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit. Kacau sampai kuah menjadi likat.

Masukkan sos tomato dan sos tiram. Kacau sebati.

Masukkan kicap pekat. Tambah kicap sekira mahu kuahnya berwarna gelap.

Masak sehingga pekat. Rasa dahulu sebelum masukkan garam. Sekiranya anda sudah berpuas hati dengan rasa yang sedia ada. Tak perlu tambah garam. Sekiranya mahu masin lebih. Baru tambahkan garam.

Akhir sekali, taburkan serbuk lada hitam. Kacau lagi sampai serbuk lada hitam sebati dengan kuah. Masa ni kalau nak kuah pekat. Kacau lama. Suka kuah cair. Boleh dah tutup api.





p/s: Resepi inin di CopyPasta dari blog lain.. (Maaf x ingt blog mana)

~ Cheesekut ~

Bahan2:


cream cheese (250g)

1/2 tin susu pekat manis

biskut deluxe crackers (original flavour)


nestum


susu segar dutch lady (utk celup2 biskut
)


Cara2 :


- pukul cream cheese guna stand mixer sampai hancur


-masukkan 1/2 tin susu pekat (leh lbih kn or kurangkn lau suke manis)


-putar bahan hingga sebati, ok ciap part ni

..
- then, celupkan biskut ke dlm susu segar, jgn smpai lembik sgt..


- susun kn biskut ke dlm loyang (xperlu patahkan)


- then, sapukn cream cheese yg dipukul td ke ats susunan biskut dlm loyang dan taburkan 
nestum

..
- then, ulang step yg sama celup biskut-susun dlm loyang-sapu cream cheese-tabur nestum


- ok bile dah ciap susun..yg topping ats skali lbhkn cream cheese n nestum, lau ltk byk lg 


yummy..

- last skli, sejukkn dlm peti ais..




p/s: Resepi copy pasta from FB.. 

Tuesday, March 4, 2014

~Kek Coklat Lava~

Bahan:
Bekas muffin/ bekaa ramekin.
1 tbsp serbuk koko
3 tbsp bsr gula pasir halus/ gula castor
1 cwn coklat beryls
5 tbsp unsalted butter
3 tbsp tepung gandum
3 biji telur (2bj+1bj kuning sahaja)
1 pnutup esen vanila.
Cara:
1. Masukkan gula kedalam kuning telur pukul sehingga gula hncur.
2. Campurkan coklat dn butter, double boiled.
3. Masukkan coklat ke dlm telur dn kacau.
4. Bila sebati, masukkan esen vanila.
5. Masukkan secubit garam.
6. Masukkan serbuk koko. Ayak dahulu.
7. Masukkan tepung dh diayak.
8. Kacau sebati.
9. Masukkan adunan yg dah d gris dgn butter dahulu.
10. Simpan dalam peti ais 30 min atau freezer 5 min.
11. Panaskan oven pd suhu 160Âșc
12. Masukkan acuan ke dlm loyang berisi air panas.
12. Bakar selama 15-18 min.
Hidangkan bersama ice cream utk feeling lebey..
P/s: aku pon lom try wt. Juz update supaya x lupa resepi ni nanti. Resepi dipinjam dari blog kak ana