Ok ni adalah resepi yang telah aku cilok dari sini.
Ni resepi dia. Tp as usual la kan, aku minah yang suka masak main campak2 ni, masih mengekalkan method campak2 aku. So aku takdelah ikut 100% resepi diatas. Cuma bahannya saja aku guna seperti resepi.
Bahan-bahannya:
- 100 ml cream ( aku letak je sekotak tu. Dalam tu 200ml)
- 200 ml water or beef stock ( aku tak sukat pon air yang aku letak. Main agak2 je)
- Chinese soy sauce (sila rujuk gambar kicap dibawah)
- 1 Tbsp white flour (aku letak tapi tak ambil gambar)
- salt, white pepper (sesedap rasa la kan)
- Panaskan beef stock. (Beef stock atau demi glace, memang digunakan sebagai basic sauce.)
- Masukkan cream masakkan dan kacau sebati. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang dibancuh bersama air mengikut kepekatan yang dikehendaki, tambahkan serbuk lada putih dan garam secukup rasa.
- Boleh dihidang bersama kentang goreng beserta strawberry jem (kalau nak feeling-feeling IKEA la kan)
Bawah ni adalah sikit gambar yang sempat aku sanap masa proses pembuatan dan proses pemakanan. Hehehe..
Kiub ni aku masukkan 3 ketul.. (aku memang jumpa kt carefour je. Tempat lain xtaw) |
Diorang kata meatball ni sedap. Terbukti memang sedap.. |
Kalau korang tengok dekat resepi dekat atas tu, dia guna chinese soy sauce. Tp dekat rumah aku, ini je yang ada. So aku letak je bende ni. |
Cream yang digunakan sebagai basic sauce. (aku pekatkan gravy ni dengan tepung jagung tapi tak amik gambar la plak kan..) |
Meatball yang telah ku grill. Grill ke? Blh la.. Hehehe.. |
Meatball dan gravy yang telah siap. |
Setelah digaulkan di opis.. |
Thanks cik model I yang gojes.. Hehehe.. |
Selain resepi yang aku bagi ni, aku dah tengok di blog2 lain. Kebanyakkannya tidak seperti yang aku inginkan. Actually masa aku makan tu pun, aku dah rasa cara nak buat dia ala-ala brown sauce je. Tapi disebabkan tak pasti, jenuh juga la aku mencari menggunkan keyword yang entah apa-apa sampailah aku jumpa resepi yang aku publish ni.
Salah satu contoh resepi yang banyak aku jumpa ialah ini. So ikut koranglah nak buat yang mana ya. Mana-mana pun janji sedap. Selamat mencoba kawan-kawan.. Hehehehe