Salam. Another recipe come from my sis.. Yela akak aku ni memang suka try masakkan macam-macam. So aku ni tukang tadah resepi jela.Kalau menjadi dia buat, aku pun try la. hihihi..
Resepi roti ni sukatan untuk sekilo tepung dimana kita boleh buat, 30 hingga 40 biji roti bun. Kalau nak kecil lagi ikut kamu la ye.
Bahan-bahannya:
Bahan A:
1 Bungkus Yis (11gm)
2 Sudu tepung
1/4 Cawan air suam (dalam bekas bertutup)
(campurkan semua dan biar yis kembang)
Bahan B:
125gm Butter (seketul tu, bahagi 2)
1/2 cawan gula
3 Biji telur
sedikit garam
(pukul butter dan gula hingga kembang, masukkan telur dan sedikit garam)
1 kg tepung
Air (secukupnya)
Cara-caranya:
1. Masukkan tepung kedalam adunan Bahan B tadi.
2. Campurkan dengan Bahan A (jika yis sudah berbuih)
3. Tambahkan air sehingga elok diuli.
4. Masukkan kedalam besen besar.
5. Tutup dengan tuala basah / plastic wrap.
6. Biar dalam sejam / adunan menjadi double (kembang)
7. Bulatkan dan letakkan di atas loyang. (jika inginkan roti berinti bolehlah dimasukkan inti)
8. Jarakkan sedikit supaya roti tidak melekat.
9. Masakkan selama 15-20 min pada suhu 180oc
10. Setelah masak, sapukan butter diatas roti, dan sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment