::Geng Main Masak2::

Monday, January 7, 2013

~ Homemade Pita Kebab ~



Assalammualaikum kawan-kawan. Okei sempena tahun baru ni, ada la beberapa resepi yang aku nak update. Untuk rujukan diri sendiri dan kawan-kawan sume. Korang nampak kat atas ni apa kan? Ye pita kebab. Sebenarnya kebab ni aku da buat satu masa dulu. Hahaha ayat tak boleh bla.. Ni just nak update resepi. Almaklumlah orang muda remaja macam iols ni kan selalu pelupa. So jom kita teruskan dengan resepi.


Bahan-bahannya: 

Roti Pita
Daging burger
Tomato
Timun
Mayonis
Sos Cili
Lada hitam (kalau suka)

Cara-caranya:


1. Roti Pita hendaklah di potong separuh dan dibakar.

2. Daging burger perlu di potong dadu dan digoreng dgn minyak sedikit.

3. Tomato hendaklah dipotong dadu.

4. Timun boleh dipotong ikut suka.

5. Gaulkan sayuran yang sudah dipotong bersama daging burger yang telah digoreng bersama mayonis
dan sos Cili.

6. Tambahkan sedikit lada hitam jika suka.

7. Sumbatkan bahan-bahan yang sudah siap digaul kedalam roti pita yang siap dibakar.

8. Siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment