Bahan Diayak:
2 1/4 Cwn Tepung Gandum
3 Sudu Kecil Serbuk Koko
2 Sudu Besar Tepung Jagung
1/2 Sudu Kecil Soda Bicarbonate
2 Sudu Besar Susu Tepung
Secubit Garam
Bahan-bahan Lain:
250 gm Mentega
150 gm Gula Castor
1/2 Sudu Kecil Essen Vanila
1 Biji Kuning Telur
1 Cwn Chocolate Chip
1 Cwn Badam
Cara-caranya:
1. Pukul mentega, gula castor, dan essen vanila hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan saptula.
4. Masukkan chocolate chip dan kacang. Kacau rata.
5. Sudukan adunan diatas dulang.
*Jarakkan adunan anggaran 1 inci (memberi ruang utk adunan mengembang)
*Bakar pada suhu 160'C selama 15-25 minit
*Biarkan sejuk dan simpan.
No comments:
Post a Comment