Bahan2:-
1 Mangkuk Telur (Pecahkan beberapa biji sehingga penuh semangkuk)
1 1/3 Mangkuk Gula
1 Mangkuk Tepung Gandum
1 Mangkuk Santan Pekat (Panaskn sedikit bersama Daun Pandan)
1/2 Mangkuk Air Daun Pandan (Blend dan tapis Daun Pandan, ambil air sahaja)
Sedikit Pewarna Hijau
Sedikit Garam
Sedikit Bijan
Cara2:-
1. Gaulkan telur bersama gula
2. Masukkan santan pekat yg telah dipanaskan
3. Gaul
4. Masukkan tepung
5. Gaul (adunan tidak boleh dipukul. Hanya gaul sehingga sebati
6. Masukkan air daun pandan yang telah dicampurkan sedikit pewarna hijau
7. Masukkan sedikit garam
8. Gaul sebati
9. Masukkan kedalam acuan atau loyang.
10. Taburkan bijan
11. Bakar sehingga masak (lebih kurang 1 jam lebih)
*Untuk menghasilkan kuih bakar yang lebih cantik, panaskan acuan atau loyang di atas dapur dan masukkan sedikit minyak sebelum menuang adunan.
No comments:
Post a Comment