::Geng Main Masak2::

Thursday, May 30, 2013

~ Karipap Pusing ~

Bahan Kulit Karipap (Doh 1)
1 kg Tepung Gandum
125 gm Majerin / Minyak
1 ½ cawan Air Sejuk Berais
1 Biji Telur
Garam secukup rasa

Bahan Inti Karipap (Doh 2)
½ kg Tepung Gandum
125 gm Majerin (Dicairkan)

Bahan Inti Kentang
Kentang
Daging / Ayam
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Bunga Lawang
Kayu Manis
Rempah Kari
Daun Kari
Daun Sup
Garam secukup rasa
Bawang Besar 




Kentang yang dipotong dadu. 


Tumiskan Bawang Putih, Merah, Halia, (yg telah dihiris) bersama Daun Kari, Bunga Lawang dan Kayu Manis. 


Masukkan Bawang Besar yang dipotong dadu.


 Masukkan Rempah Kari, Biarkan Masak.

  
Masukkan Daun Sup,  Daging / Ayam, Kentang. 


Masukkan Garam Secukup Rasa.
 Biarkan sehingga Kentang empuk dan daging lembut.


STEP 1
Gaulkan tepung bersama garam dan majerin, masukkan telur, kemudian uli sambil tuang air sehingga menjadi sebati.
(Sukatan bahan dianggarkan mengikut banyak tepung yang digunakan) 


STEP 2
Gaulkan tepung bersama majerin yang telah dicairkan, uli dan jadikan ia bulatan kecil, supaya boleh dimasukkan kedalam doh pertama tadi. 


STEP 3
Tepung yang telah di bulatkan tadi, digelek rata, kemudian digulung, ulang proses ini sebanyak 2 kali.






STEP 4
Setelah siap digulung, potong kepada beberapa bahagian mengikut kehendak anda. 





STEP 5
Akhir sekali, gelek sehingga nipis dan boleh lah dimasukkan inti kesukaan anda. Kemudian kelim tepinya supaya ia tidak terbuka. 




STEP 6

Karipap sudah boleh digoreng dan dihidangkan.

Tips: Goreng dengan api yang sangat kecil supaya karipap tidak menggelembung.  

Thursday, April 11, 2013

~ Pasta Spiral Super Mamak Style ~

Assalammualaikum kawan2..

Long time no see. Hihihi.. Itu bermaksud aku dah lama tak masak. Sekian. Hahaha.. Ok berhenti merapu.. Arini nak share resepi Pasta Spiral Super Mamak Style. Wakaka nama resepi nak poyo. Padehal masaknye xde ape pon. Ok so mari kita kongsi resepi ye. Portion seorang makan.

Gambar recycle sbb lupa nak snap semalam. (ni macaroni bukn spiral)

Bahan-bahan:

1. Segenggam pasta spiral direbus dan ditos. (boleh juga menggunakan jenis pasta yang lain)
2. 2 Sudu minyak masak
3. 1 Sudu cili boh.
4. 1 Ulas Bawang putih (diketuk: kata mamak style kan)
5. 2 Ulas Bawang merah (kalau rajin kisar, kalau x potong halus2 je)
6. Isi ayam (sbg perencah)
7. Telur (nak sedap letak 2 biji)
8. Boleh ditambah tauhu kering, sayur, sosej atau ape saje yang anda suka.

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak masak.
2. Tumis cili boh bersama bawang putih dan bawang merah sehingga masak.
3. Masukkan isi ayam.
4. Masukkan rencah lain seperti sosej, tauhu kering (jika ada)
5. Masukkan pasta spiral yang telah direbus lembut.
6. Masukkan sayur (jika ada)
7. Akhir sekali gaulkan dengan telur dan biar kering.
8. Siap untuk dihidang.

Monday, January 7, 2013

~ Trifle Suka Hati Cik Lulu ~



Assalammulaikum. Dah ala-ala marathon update resepi gitu. Ni semua gara-gara pemalas yahamaaattsss.. Ok ni pulak resepi triffle. Tapi nak kata triffle sangat pon aku tak tahu la. Sebab ni memang dah jauh terpesong dari ajaran sebenar. Hahaha aku memang suka suki je ubah-ubah resepi ikut kepala aku kan? Sebenarnya aku memang amat suka menatang ni sejak zaman belajar. First time aku rasa, masa kawan aku masak dekat hostel kami yang serba daif dan tak cukup kelengkapan masa dah tersuka tu, tak reti nak tanya resepi. So sudahnya aku buat je ikut agak-agak aku. Memang ada juga la aku tengok resepi-resepi orang lain. Tapi aku ni memang buat benda ikut suka. So ni yang aku punya resepi la. Tapi bukan aku punya sangat la. Sebab resepi pudingnya inspired by CT Delima blog..

Bahan-bahannya:

1 cawan tepung kastad
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula pasir
Buah-buahan cocktail
Kek swiss roll.

Cara-caranya:
1. Cairkan gula bersama air.
2. Masukkan susu cair dan tepung kastad.
3. Biarkan hingga masak
4. Potong swiss roll menjadi kepingan.
5. Susun dalam bekas yang ingin dituang kastad.
6. Basahkan swiss roll dengan air (syrup) cocktail.
7. Setelah kastad masak, tuangkan diatas swiss roll yang telah disusun.
8. Taburkan buah-buahan cocktail.
9. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

*Boleh juga dihidang bersama vanilla sos.

** Resepi yang lain, jelly perlu dituangkan diatasnya. cth mcm ni.. Aku pula tak suka sebab buah aku tak nampak. Hahaha gedix..


~ Homemade Pita Kebab ~



Assalammualaikum kawan-kawan. Okei sempena tahun baru ni, ada la beberapa resepi yang aku nak update. Untuk rujukan diri sendiri dan kawan-kawan sume. Korang nampak kat atas ni apa kan? Ye pita kebab. Sebenarnya kebab ni aku da buat satu masa dulu. Hahaha ayat tak boleh bla.. Ni just nak update resepi. Almaklumlah orang muda remaja macam iols ni kan selalu pelupa. So jom kita teruskan dengan resepi.


Bahan-bahannya: 

Roti Pita
Daging burger
Tomato
Timun
Mayonis
Sos Cili
Lada hitam (kalau suka)

Cara-caranya:


1. Roti Pita hendaklah di potong separuh dan dibakar.

2. Daging burger perlu di potong dadu dan digoreng dgn minyak sedikit.

3. Tomato hendaklah dipotong dadu.

4. Timun boleh dipotong ikut suka.

5. Gaulkan sayuran yang sudah dipotong bersama daging burger yang telah digoreng bersama mayonis
dan sos Cili.

6. Tambahkan sedikit lada hitam jika suka.

7. Sumbatkan bahan-bahan yang sudah siap digaul kedalam roti pita yang siap dibakar.

8. Siap untuk dihidang.